clem onojeghuo 1mn6ERT0XNc unsplash 2 - WWW1: Nizar pertikai bidaan RM0.5 juta oleh Sultan Johor?

WWW1: Nizar pertikai bidaan RM0.5 juta oleh Sultan Johor?

WWW1: Nizar pertikai bidaan RM0.5 juta oleh Sultan Johor?

Bidaan Sultan Johor berharga RM520,000 bagi plat kenderaan WWW1 yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi semalam, kini mencetuskan kontroversi baru di kalangan komuniti online.

Paling hangat sejak beberapa jam lalu ialah berikutan catatan yang dikatakan dibuat oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di laman Twitternya berhubung bidaan itu.

Tinjauan inimajalah.com.my di Internet sejak jam 1.30 pagi tadi mendapati beberapa blog mengulas komen Mohammad Nizar terhadap bidaan Sultan Johor itu.

Antara blog yang awal dikesan menyiarkan laporan mengenai kontroversi itu ialah khairulryezal.blogspot.comjawaber6.blogspot.com dan matkilaupenang.blogspot.com.

Beberapa blog mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu membuat catatan di laman Twitter (https://twitter.com/mbnizar) yang menyifatkan amaun bidaan Sultan Johor sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin.

Menurut catatan di Twitter itu, amaun berkenaan juga boleh digunakan bagi membina 20 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Semakan inimajalah.com.my kira-kira jam 3 pagi ini di laman sosial yang dikatakan milik Mohammad Nizar itu mendapati ia mengandungi beberapa catatan mengenai bidaan terbabit, antaranya ialah “rm520k boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT!”

Catatan lain di laman sama ialah “rm520k untuk no plate WWW1, xkan (takkan) nak letak kat kereta proton atau motor kut? Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang!”

Sejak pagi semalam, hampir semua media online dan media tradisional menyiarkan JPJ menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan paling mahal dalam sejarah Malaysia ialah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dilapor membida RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat ‘WWW1′.

Turut disiarkan di laman web rasmi JPJ ialah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, termasuklah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran ‘WWW5′ pada harga RM220,000.

Blog terbabit, kebanyakannya pro Umno-Barisan Nasional (BN), yang melaporkan mengenai kontroversi terbaru berikutan komen Mohammad Nizar itu turut menyiarkan penjelasan Tunku Mahkota Johor berhubung sumber pembiayaan bagi bidaan terbabit.

Semakan inimajalah.com.my di laman Twitter berkenaan (http://twitter.com/#!/HRHjohor2 danhttp://www.twitlonger.com/show/hji7i7) kira-kira jam 3 pagi ini juga menemui catatan:

“Johor Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim”

(Keluarga Diraja Johor tidak mengambil sebarang wang dari kerajaan. Sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. (Anda) boleh tanya Menteri Besar atau mana-mana pegawai kerajaan. Wang yang diperuntukkan untuk ayah beta dan beta setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim). – inimajalah.com.my

roya ann miller  T9A8yrMqHY unsplash 1 - Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri

Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri

Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri

Komuniti online, termasuk blogger tempatan, menimbulkan beberapa persoalan misteri mengenai penahanan oleh polis terhadap blogger uncleseekers.blogspot.com.

Semua persoalan berkenaan menyentuh secara langsung soal ketelusan undang-undang di negara ini dalam konteks menangani isu rakyat dan mereka yang berkuasa.

Imej dari malaysianinsider-malaysiakini.worldheritage.com.my.

Blog itu dipercayai dikendalikan Syed Abdullah Hussein Al-Attas, anak kepada penulis buku politik popular, Syed Hussein Alattas.

Blogger itu ditahan polis pada 5 Julai 2012 dipercayai ada kaitan dengan entri di blognya yang menyentuh kerabat diraja Johor.

Tinjauan inimajalah.com.my di Internet mendapati, antara persoalan yang dilontarkan ramai komuniti online sama ada menerusi blog, forum atau laman sosial, termasuk Facebook dan Twitter ialah:

1. Apa jadi dengan semua dakwaan yang disenaraikan blogger uncleseeker.blogspot.com?

Ini kerana blogger itu kini ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan komuniti online beranggapan ia akan menyebabkan ada kemungkinan semua dakwaan terbabit  ‘terpadam’ begitu sahaja.

2. Apakah polis akan membuat siasatan dan tuduhan di mahkamah berhubung semua dakwaan di dalam semua entri berkaitan di uncleseeker.blogspot.com?

Ini kerana, komuniti online beranggapan, jika siasatan dan dakwaan dibuat membabitkan secara langsung semua dakwaan sebagaimana di dalam entri berkaitan di blog itu, sudah tentu lebih banyak ‘fakta’ (jika benar wujud) akan terbongkar.

3. Mengapa tiba-tiba blogger uncleseekers.blogspot.com dikaitkan dengan kesalahan mengambil dadah jenis morfin? Mengapa media perdana lebih berminat menguar-uarkan perkara ini berbanding pelbagai dakwaan blogger itu sebagaimana di dalam blognya?

Ini kerana, sesetengah komuniti online beranggapan, ia mungkin bertujuan memburukkan imej blogger itu.

4. Mengapa pihak yang dituduh tidak tampil membuat penjelasan atau membela diri?

Ini kerana, berbanding kes nota Twitter oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan plat kenderaan WWW1, baru-baru ini, komuniti online menilai pihak yang kena tuduh oleh blogger uncleseeker.blogspot.com gagal membuat penjelasan atau membela diri.

5. Mengapa seorang wanita lain, dilaporkan sebagai teman wanita bloggger terbabit, turut ditahan polis? Adakah menjadi amalan polis menahan sesiapa sahaja yang ada bersama ketika seseorang yang disyaki, ditahan?

Ini kerana, rata-rata komuniti online tidak jelas apakah tuduhan atau kesalahan yang mahu dikaitkan dengan wanita berkenaan.

Sebahagian persoalan misteri yang dilontar komuniti online itu dapat dibaca di sini dan di forum ini, manakala sebahagian lain boleh ditemui di pelbagai pos dan komen di Facebook serta Twitter.

Tidak semestinya semua dakwaan blogger uncleseekers.blogspot.com adalah benar dan tepat.

Namun, rakyat sedang memerhati dengan amat rapat dan penuh minat untuk menilai satu lagi ‘episod berantakan rakyat dan penguasa’!

Rakyat mungkin akan memberikan markah berdasarkan pemerhatian itu pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak. – inimajalah.com.my

joel de vriend o0sZHtfp4N8 unsplash 1 - Serangan bersiri terhadap kerabat Johor: Blogger Uncleseekers cipta sejarah

Serangan bersiri terhadap kerabat Johor: Blogger Uncleseekers cipta sejarah

Serangan bersiri terhadap kerabat Johor: Blogger Uncleseekers cipta sejarah

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini seseorang blogger berani membuat serangan bersiri dan bertubi-tubi terhadap mana-mana Raja Melayu. Namun, blogger uncleseekers.blogspot.commembuktikan beliau berani melakukannya.

Dan, kini keberanian itu membawa kepada penahanannya oleh polis mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sehingga ini ada sekurang-kurangnya 63 entri khusus berkaitan kerabat diraja Johor dengan judul sama, iaitu “Sultan Johor atau Kerabatnya? di blog berkenaan, termasuk pelbagai dakwaan mengenai harta pusaka, pertelingkahan dengan individu tertentu dan peranan  beberapa penjawat awam di negeri itu.

Selain keberanian menyerang insititusi raja, blog berkenaan kini dikunjungi jutaan pelawat sehingga melonjakkan kedudukannya di alexa.com dalam waktu singkat kerana dakwaan yang terkandung di dalamnya turut disertakan dengan beberapa dokumen, salinan laporan polis dan foto berkaitan yang sesetengahnya mungkin sulit atau sekurang-kurangnya masih menjadi rahsia umum.

Blog itu dipercayai dikendalikan Syed Abdullah Hussein Al-Attas, anak kepada penulis buku politik popular, Syed Hussein Alattas

Walaupun tidak semestinya semua dakwaan blogger berkenaan benar, ia berjaya menarik perhatian komuniti online kerana dakwaan itu menyentuh beberapa individu berpengaruh dan dikenali ramai.

Tambahan pula, pendedahan oleh blog terbabit turut disertakan dokumen tertentu, termasuk salinan cek bernilai jutaan ringgit.

Jumlah mukasurat yang dilihat (pageviews) pada blog berkenaan setakat ini lebih 9 juta.

Biasanya, jika ada apa juga komen, walaupun sedikit dan berbentuk umum terhadap mana-mana Raja Melayu seperti yang dibuat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini berhubung bidaan plat kenderaan WWW1 oleh Sultan Johor, tindakan cepat akan diambil pihak polis, termasuklah mengikut Akta Hasutan.

Bagaimanapun, situasi berlainan ternampak dalam kes blogger uncleseekers.blogspot.com. Tindakan terhadap blogger terbabit agak lambat walaupun sudah ada lebih 30 individu membuat laporan polis meminta tindakan diambil terhadap blogger terbabit.

Ini menimbulkan persoalan sehingga ada sesetengah pembaca yang menulis komen di blog itu, mengsyaki kemungkinan apa yang didakwa di dalam blog terbabit ada benarnya.

Antara komen seorang pembaca yang enggan dikenali ialah “aku pelik r..uncle bantai sultan kaw2 xpenah lak masuk dalam ke ape..org len sntuh skit jer trus je sultan murka..bnde yang uncle tulis ni bnda btol ke smpai sultan xbrani nak stopkan ??”.

Ini dapat dilihat pada entri ini. Komen itu muncul sebelum blogger berkenaan ditahan polis, semalam.

Dalam reaksinya menerusi Twitter terhadap entri uncleseekers.blogspot.com, Tungku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap blogger terbabit sebagai ‘anjing’.

“Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya,” katanya dalam catatan di Twitter, baru-baru ini.

Episod blogger ini dan ‘pembongkarannya’ dijangka berpanjangan. Kita akan menyaksikan rentetan kisahnya yang dijangka makin menarik. – inimajalah.com.my

alaina mclearnon P t9mRLFoRs unsplash 1 - Apabila lembu tunjuk punggung kepada Ambiga

Apabila lembu tunjuk punggung kepada Ambiga

Penulis berasa teruja untuk membuka satu pautan artikel yang ditemui di Google semata-mata kerana tajuknya – Lembu tunjuk punggung depan rumah Ambiga…

Penulis berasa terkejut dan kurang percaya, tetapi masih mahu tahu kalau-kalau memang benar ada lembu beraksi songsang terhadap Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Ini kerana baru-baru ini ada sekumpulan manusia beraksi songsang menjual burger di kawasan yang tidak biasa bagi aktiviti sebegitu dilakukan di situ.

Setelah membuka pautan berkenaan baru penulis tahu dan faham – apa yang dimaksudkan sebagai lembu ialah sekumpulan manusia yang mendakwa bekas askar, melakukan ‘senaman punggung’ (mungkin sejenis senaman baru yang hanya digemari segelintir manusia) di hadapan rumah Ambiga sebagai bantahan terhadap pemimpin Bersih itu.

Rupa-rupanya aksi songsang ini mendapat perhatian ramai komuniti online negara ini.  Tinjauan inimajalah.com mendapati ia menerima tumpuan ramai di pelbagai forum, blog dan laman sosial Facebook.

Bukan kerana ia sesuatu yang membanggakan, sebaliknya rata-rata majoriti komuniti online menganggap ia perbuatan songsang dan memualkan.

Seperti komen ringkas seorang pelawat blog arituarini.blogspot.com yang hanya dikenali sebagai Logorithm, ia adalah satu “tindakan bodoh yang kebudak-budakan…”.

Ternyata, perbuatan songsang terbaru ini adalah satu lagi babak ‘politik bodoh lawan politik cerdik’. – inimajalah.com

elijah o donnell t8T yUgCKSM unsplash 1 - Media perdana dapat modal besar burukkan Bersih 3.0

Media perdana dapat modal besar burukkan Bersih 3.0

Seperti biasa, pada pandangan media perdana di Malaysia, tidak ada satu pun yang lunak dan muluk jika ia adalah program berkaitan pembangkang.

Terbaharu, sejak petang tadi dan kemuncaknya malam ini, program Bersih 3.0 yang bertujuan menuntut pilihanraya lebih telus dan adil, sekali lagi diuar-uarkan media perdana sebagai satu keganasan, lebih-lebih lagi secara kebetulan program kali ini mencetuskan insiden menterbalikkan kereta polis.

Perhimpunan itu dilapor berjalan aman sehinggalah apabila polis mula bertindak menembak gas pemedih mata dan menyembur ‘water canon’ ke tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.

Seperti dilaporkan media internet, ia diikuti pelbagai insiden lain, termasuklah keganasan polis membelasah orang awam yang menyertai program itu.

Namun keganasan polis tidak ditunjukkan oleh media perdana. Sebaliknya, media perdana sengaja menunjukkan seseorang dipercayai peserta Bersih 3.0 naik ke atas bumbung kereta polis dan menghentak kaki sehingga kereta berkenaan kemek. Ditunjukkan juga kereta polis yang kemek.

Dalam satu insiden lain, ditunjukkan peserta Bersih 3.0 mengalihkan kon plastik yang diletakkan bagi menghalang peserta program itu masuk ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, media perdana tidak menjelaskan mengapa ‘keganasan’ itu berlaku. Tinjauan inimajalah.com di media Internet mendapati banyak blog dan portal berita melaporkan ia berlaku selepas kereta polis terbabit melanggar peserta perhimpunan berkenaan ketika suasana kelam kabut. Ini tidak diuar-uarkan media perdana, terutama televisyen.

Media perdana juga tidak menunjukkan keganasan polis menembak gas pemedih mata dan air kimia kepada peserta Bersih 3.0 sehingga ada yang sesak nafas serta tidak dapat bernyawa.

Malah banyak blog dan portal berita Internet melaporkan sekurang-kurangnya dua dipercayai peserta Bersih 3.0 cedera parah dan dirawat di hospital. Seorang daripadanya dilaporkan terkena kelongsong gas pemedih mata.

Polis juga dilaporkan bertindak ganas memukul dan menerajang peserta Bersih 3.0.  Perbuatan itu dapat dilihat di beberapa rakaman video di Youtube.com. Video ini didakwa satu daripada kekejaman sekumpulan polis secara beramai-ramai membelasah seorang peserta perhimpunan berkenaan. Video sama juga dapat dilihat di sini.

Namun, tidak satu pun keganasan polis dilaporkan media perdana.

Inilah corak pemberitaan yang boleh mengundang dan melipatgandakan ‘kemurkaan’ rakyat terhadap pemerintah yang sering dikaitkan sebagai ‘mempengaruhi kelakuan media perdana’ di negara ini . – inimajalah.com

alessandro de bellis QxX0jg9v8hI unsplash - Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece

Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece

Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih ‘menarik’, lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

gay 272x300 - Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece

Imej dari sozcyili.blogspot.com.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa Arif Alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.

Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.comAr-rifke.com mencatatkan:

“Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama,” catat ar-rifke.com.

Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu. – inimajalah.com.my

* Artikel mengenai seorang lagi gay Melayu yang berkahwin dengan lelaki Mat Saleh di Dublin, Ireland boleh dibaca di sini. – Editor.

* Untuk tidak ketinggalan membaca artikel / berita di inimajalah.com.my, sila LIKE Facebook inimajalah.com.my di sini.

nick karvounis DUK7XiBpGSY unsplash - Gempar: Gay Melayu Kahwin Gay Mat Salleh?

Gempar: Gay Melayu Kahwin Gay Mat Salleh?

Perkahwinan sama jantina?

Seorang lelaki Melayu yang sebelum ini dilaporkan hilang, menimbulkan kegemparan di Internet sejak beberapa jam lalu apabila gambar perkahwinannya dengan seorang gay di  Dublin, Ireland dikesan di laman sosial Facebook dan satu laman blog.

Apa yang menggemparkan ialah bukan perkahwinannya, tetapi lelaki Melayu itu dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris.

Beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan foto berkenaan. Blog terbabit mendakwa, lelaki ‘gay’ Melayu itu dikatakan berkahwin dengan lelaki Mat Salleh berkenaan dalam satu majlis rasmi di Dublin.

Bagaimanapun, tiada maklumat sahih mengenai tarikh perkahwinan itu.

Blog itu menyiarkan beberapa foto lelaki Melayu berkenaan lengkap berpakaian Melayu – bertanjak dan bersamping – kelihatan berkucup dengan lelaki Inggeris terbabit.

Antara blog Malaysia yang paling awal menyiarkan kegemparan berkenaan ialah acaibudaktepeng.blogspot.com, kesihatanlelaki.info dan aiyangdisayang.blogspot.com.

Bagaimanapun, blog asal yang menyiarkan gambar perkahwinan itu – biggayweddingproject.com – tidak dapat diakses kira-kira jam 8.30 malam tadi dengan nota ringkas dipaparkan bahawa ia dalam penyelenggaraan.

Menurut acaibudaktepeng.blogspot.comkesihatanlelaki.info dan aiyangdisayang.blogspot.com, gambar perkahwinan itu dikesan ketika pengendali blok berkenaan melayari Facebook.

Satu blog tempatan dalam bahasa Inggeris, iaitu shakirazfar.blogspot.com turut menyiarkan maklumat itu dengan tajuk The Forbidden Wedding!

Gambar terbabit juga boleh dilihat di sini.

Walaupun kebanyakan blog berkenaan menyebut nama lelaki Melayu terbabit, inimajalah.com.my sengaja tidak menyiarkan nama itu kerana sesetengah blog itu tidak sahih mengenai nama berkenaan.

Pada 13 Disember 2011, akhbar tempatan melaporkan mengenai kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin.

Hari ini, kebanyakan blog yang menyiarkan artikel dan foto perkahwinan gay Melayu itu, mengaitkan lelaki berkenaan dengan pelajar Malaysia yang hilang itu. – inimajalah.com.my

KEMASKINI PADA JAM 8.45 MALAM, 17 DISEMBER 2011:

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ‘berkahwin’ dengan lelaki warga asing di luar negara.

“Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

“Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. – Bernama