matthew kwong qJgW5ewKCO8 unsplash - Awas, hampir 20,000 klip seks 3gp dari Malaysia

Awas, hampir 20,000 klip seks 3gp dari Malaysia

Setiap kali ada kes penemuan bayi dibuang (malah dicampakkan dari atas bangunan), kita kononnya tersentak  – mengutuk dan mengeji perbuatan itu.

Namun, ada satu gejala yang kadang-kadang kita kesampingkan, tetapi ia ada kaitan amat rapat dengan perbuatan buang bayi. Ia ialah perlakuan seks bebas remaja, terutama membabitkan Melayu.

Dan, paling menonjol perlakuan seks itu dipertontonkan kepada umum menerusi internet. Seperti dilaporkan hmetro.com.myhari ini, Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Azli Paat berkata, berdasarkan carian di internetsaja, hampir 20,000 klip seumpama itu yang memaparkan aksi lucah atau video seks adalah membabitkan rakyat di negara ini.

Tidak begitu susah untuk melihat kebenaran fakta ini. Anda hanya perlu menaip beberapa perkataan asperti ‘Melayu 3gp’, ‘Awek 3gp’ atau ‘Bohsia 3gp’. Ia bukan saja memaparkan aksi lucah pasangan remaja, sebaliknya ada membabitkan pasangan suami isteri selain aksi wanita dalam keadaan mengghairahkan.

Semakan inimajalah.com di internet pula mendapati sebahagian besar klip berkenaan adalah membabitkan remaja Melayu – sesuatu yang amat mendukacitakan Islam.

Aksi berkenaan juga membabitkan ramai pelajar sekolah – sesuatu yang amat mendukacitakan yang menyebabkan semua pihak sepatutnya mengambil tindakan drastik dan konkrit, sekarang!
Seperti kata Azli, jumlah hampir 20,000 itu berdasarkan carian di internet, iaitu membabitkan aksi seks atau lucah yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Namun kita percaya, jumlah klip video ini boleh meningkat hingga sekali ganda kerana ada yang disimpan oleh pasangan kekasih sebagai koleksi peribadi,” katanya.

Menurut Azli, kebanyakan klip 3gp yang memaparkan aksi lucah pasangan remaja dirakam menggunakan telefon bimbit dan selebihnya dirakam menggunakan peranti yang mempunyai kebolehan untuk merakam video dan juga menerusi kamera web.

Sementara itu, tinjauan akhbar terbabit mendapati klip 3gp menjadi antara koleksi lucah yang disimpan dalam telefon bimbit kebanyakan remaja.

Jika tidak menyimpannya sekalipun, rata-rata remaja ditemui wakil akhbar itu mengakui pernah melihat klip berkenaan sama ada menerusi telefon bimbit rakan atau di internet.

Format 3gp menjadi pilihan kerana menerusi format itu, perkongsian fail video lebih mudah kerana bersaiz kecil, mempunyai kualiti hampir sama dengan format kamera video profesional, iaitu MP4 atau AVI, dan senang dimuat naik ke internet atau disebar di kalangan pengguna telefon bimbit.

Biasanya tujuan awal rakaman adalah untuk simpanan peribadi pasangan kekasih, tetapi ia akhirnya didedahkan kepada umum di internet.  Lebih parah, ia menjadi bahan ugutan terhadap remaja terbbait, terutama remaja perempuan.

Justeru, kita mahu tunggu apa lagi? Kita mahu tunggu bala tahap apa lagi untuk diturunkan di negara ini sebelum mahu mengambil tindakan benar-benar serius dan konkrit mengatais masalah ini?

Jangan tunggu anak anda tiba-tiba terlihat di dalam satu daripada klip seks 3gp. Ambil tindakan sekarang. Pastikan dengan apa cara yang wajar agar anak anda tidak bergaul bebas berlainan jantina sesuka hati kerana apabila berdua, makhluk ketiga ialah syaitan! – inimajalah.com

tasbih zikir 283x300 - Bagaimana Cara Berzikir Ketika Sibuk Bekerja

Bagaimana Cara Berzikir Ketika Sibuk Bekerja

Cara Berzikir

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya, demikian dicatatkan blog drjuanda.com. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.

Malah, menurut blog itu, disebabkan peri ringannya untuk dikerjakan, zikir boleh sahaja dilakukan walaupun sambil sibuk bekerja.

Blog milik Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ini mengambil contoh bagaimana Nabi Idris as mengamalkan zikir ketika mula bekerja dan sambil bekerja sebagai tukang jahit.

Nabi Idris as, setiap kali mahu menusukkan jarum, pasti akan mengucapkan kalimah yang empat, iaitu “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar”.

Menurut drjuanda.com, pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan dapat menyuntik semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.

“Baginda (Nabi Idris as) adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah swt berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57).

“Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisiKu seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10),” catat drjuanda.com.

Menurut drjuanda.com, Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa amalan paling utama selepas amalan fardhu ialah zikrullah.

Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Mahukah kamu aku tunjukkan amalan paling utama dan paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu denganmusuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal lehermu? Para sahabat menjawab, “Tentu wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”

Justeru, bagaimanakah mengamalkan zikir ketika sibuk bekerja? Mudah sahaja. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa mengira situasi, hatta sedang sibuk bekerja.

Malah seperti dicatatkan drjuanda.com, zikir tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ternyata, ia amat mudah dan ringan!

Blog ini memetik Al-Imam Ibnu al-Qayyim yang menyatakan bahawa Rasulullah saw ada memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring. Malah semua gerak geri baginda adalah berzikir kepada Allah.

Kesibukan tugas dengan pelbagai komitmen, termasuk mesyuarat dan keperluan menyiapkan kerja mengikut ‘deadline’ menjadi penghalang?

Jangan beri alasan!

Rasulullah saw jauh lebih sibuk daripada anda.

Catat drjuanda.com, baginda seorang manusia paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya.

“Baginda ialah seorang ketua negara yang amanah, mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumahtangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang dan saudara lelaki yang penyantun.

“Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat,” tegas blog berkenaan. – inimajalah.com

frenky harry  9ExPfUFWHM unsplash - Gunung Merapi: Mayat dalam keadaan sujud

Gunung Merapi: Mayat dalam keadaan sujud

Gunung Merapi

Sekujur tubuh di dalam foto ini dipercayai mayat juru kunci Gunung Merapi, Indonesia, yang meletup minggu lalu, iaitu Mbah Maridjan. Dia ditemui dalam keadaan bersujud oleh pasukan pencari dan penyelamat.

Pasukan itu yakin mayat yang ditemui di dapur rumah lelaki berkenaan adalah mayat juru kunci Gunung Merapi itu.

Ini berdasarkan barang yang ditemui pada mayat terbabit, termasuk batik dan kopiah. – inimajalah.com