Inimajalah 1 Utama,Artikel,Artikel Terkini,Politik,Politik Pembebasan Anwar: Blogger pro Umno-BN cabar Peguam Negara

Pembebasan Anwar: Blogger pro Umno-BN cabar Peguam Negara


Anwar bebas3 300x200 - Pembebasan Anwar: Blogger pro Umno-BN cabar Peguam Negara

Kenyataan terbaru pihak pendakwaan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubungkeputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan ketua pembangkang itu daripada fitnah liwat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari, Isnin lalu, mengesahkan kebimbangan sebahagian besar komuniti online kalangan penyokong pembangkang kemungkinan peristiswa Perak berulang, adalah berasas.

Sejak kenyataan pihak pendakwaan itu disiarkan di internet pagi tadi,  blogger pro Umno-Barisan Nasional (BN) juga mula meningkatkan desakan agar pejabat Peguam Negara bersetuju membuat rayuan berkenaan.

Terdahulu itu, dalam laporan berita  TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan dapat difailkan dalam tempoh 10 hari.

Berita ini meningkatkan kebimbangan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengenai kemungkinan peristiwa Perak yangmenyebabkan pertukaran kerajaan negeri daripada PR kepada BN, berulang.

Ia berlaku dalam masa hanya beberapa jam selepas keputusan asal mahkamah yang memihak kepada pembangkang, dibawa ke mahkamah rayuan. Ini menyebabkan PR hilang Perak kepada BN.

Perkara sama dibimbangi berlaku jika kes pembebasan Anwar, Isnin lalu, dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Semakan inimajalah.com.my sejak beberapa jam lalu mendapati beberapa blog pro Umno-BN menyiarkan entri mendesak Abdul Gani supaya setuju membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Blog papagomo.com dalam entrinya bertajuk, “Peguamcara Ada Telor, AG Ada Ke Tidak Telornya?” seolah-olah mencabar Abdul Gani supaya bertindak berani membuat rayuan bagi kes itu.

“Kepada Peguam Negara, buktikanlah bahawa anda juga seorang anak jantan sepertimana Datuk Yusof (Peguam Cara II Negara) dalam kes liwat Saiful Bukhari. Amat malu jika orang di bawah lebih berani daripada Tan Sri sendiri dalam hal ini,” catat blog terbabit.

Blog papagomo.com terkenal di kalangan penyokong pembangkang sebagai blog yang amat tidak beretika dan menggunakan bahasa kesat dalam penulisannya.

Blogger pro Umno-BN ini juga sering menampakkan kebencian melampau terhadap Anwar dalam pelbagai cara. Dalam entri terbarunya hari ini, blogger terbabit menggelarkan Anwar sebagai “si bangsat” pada keterangan fotonya.

Papagomo.com juga terkenal dengan kesalahan tatabahasa yang banyak dalam penulisannya.

Contohnya dalam entri terbaru hari ini, perkataan “telor” pada tajuk entri mungkin merujuk kepada maksud “berani dan bersifat anak jantan”, tetapi ia dieja sebagai “telor” yang bermaksud bercakap telor atau pelat.  – inimajalah.com.my – ARTIKEL PENUH MENYUSUL