Gempar: Gay Melayu kahwin gay Mat Salleh?



Seorang lelaki Melayu yang sebelum ini dilaporkan hilang, menimbulkan kegemparan di Internet sejak beberapa jam lalu apabila gambar perkahwinannya dengan seorang gay di  Dublin, Ireland dikesan di laman sosial Facebook dan satu laman blog.

Apa yang menggemparkan ialah bukan perkahwinannya, tetapi lelaki Melayu itu dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris.

Beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan foto berkenaan. Blog terbabit mendakwa, lelaki ‘gay’ Melayu itu dikatakan berkahwin dengan lelaki Mat Salleh berkenaan dalam satu majlis rasmi di Dublin.

Bagaimanapun, tiada maklumat sahih mengenai tarikh perkahwinan itu.

Blog itu menyiarkan beberapa foto lelaki Melayu berkenaan lengkap berpakaian Melayu – bertanjak dan bersamping – kelihatan berkucup dengan lelaki Inggeris terbabit.

Antara blog Malaysia yang paling awal menyiarkan kegemparan berkenaan ialah acaibudaktepeng.blogspot.com, kesihatanlelaki.info dan aiyangdisayang.blogspot.com.

Bagaimanapun, blog asal yang menyiarkan gambar perkahwinan itu – biggayweddingproject.com – tidak dapat diakses kira-kira jam 8.30 malam tadi dengan nota ringkas dipaparkan bahawa ia dalam penyelenggaraan.

Menurut acaibudaktepeng.blogspot.comkesihatanlelaki.info dan aiyangdisayang.blogspot.com, gambar perkahwinan itu dikesan ketika pengendali blok berkenaan melayari Facebook.

Satu blog tempatan dalam bahasa Inggeris, iaitu shakirazfar.blogspot.com turut menyiarkan maklumat itu dengan tajuk The Forbidden Wedding!

Gambar terbabit juga boleh dilihat di sini.

Walaupun kebanyakan blog berkenaan menyebut nama lelaki Melayu terbabit, inimajalah.com.my sengaja tidak menyiarkan nama itu kerana sesetengah blog itu tidak sahih mengenai nama berkenaan.

Pada 13 Disember 2011, akhbar tempatan melaporkan mengenai kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin.

Hari ini, kebanyakan blog yang menyiarkan artikel dan foto perkahwinan gay Melayu itu, mengaitkan lelaki berkenaan dengan pelajar Malaysia yang hilang itu. – inimajalah.com.my

KEMASKINI PADA JAM 8.45 MALAM, 17 DISEMBER 2011:

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ‘berkahwin’ dengan lelaki warga asing di luar negara.

“Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

“Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. – Bernama

Tags: , , , , ,