Ilmu Ustaz Azhar Idrus kini bukan sahaja boleh diikuti menerusi media Internet dan kaset, malah ia mula diterbitkan dalam bentuk buku.
Menerusi buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, beliau merungkai pelbagai persoalan agama dan hukum hakam berkaitan.

Foto dari bookcafe.com.my
Buku terbitan PTS Publication Sdn Bhd ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar. Jawapan dipaparkan secara jelas dan padat supaya pembaca lebih memahami persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.
Ustaz Azhar memang tokoh agama yang tidak asing lagi di negara ini. Keunikannya ialah kemampuan menyampaikan ilmu agama secara berkesan menerusi penjelasan mantap yang diselitlkan unsur humor sehingga mampu menarik khalayak pendengar yang ramai.
Buku ini dijual pada harga RM15 dan boleh didapati di kedai buku, rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Anda juga boleh melayari bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku terkini PTS. – inimajalah.com

