vladislav muslakov CwIU33KGToc unsplash - Tidur Lewat: Idea Paling Bodoh

Tidur Lewat: Idea Paling Bodoh

Jangan Tidur Lewat

Antara idea paling bodoh di atas muka bumi ini ialah tidur lewat kononnya untuk membereskan kerja atau bagi membolehkan lebih banyak urusan dapat diselesaikan.

Apa tidaknya… dengan tidur lewat anda sebenarnya sedang menempa banyak penyakit. Dengan tidur lewat anda seolah-olah sedang ‘mendera diri’ anda sendiri.  Badan fizikal dan mental anda tidak diizinkan mendapat kerehatan sewajarnya.

TIDUR LEWAT… Anda sebenarnya sedang mendera diri anda dengan tidur lewat.

Dengan tidur lewat juga menyebabkan anda mungkin bangun lewat dan tertinggal sembahyang Subuh. Bangun lewat bermakna anda terlepas waktu berkat memulakan mencari rezeki pada awal pagi. Jika pun anda mampu bangun awal, badan fizikal dan mental anda sebenarnya sedang keletihan.

Badan yang letih akibat tidak cukup tidur menyebabkan anda tidak produktif serta ‘kering idea’ sepanjang hari serta tidak mampu berfikir dengan lancar, tenang serta cergas.

Lebih tidak bijak ialah apabila anda terpaksa tidur pada siang hari disebabkan keletihan dan tidak cukup tidur kerana tidur lewat pada sebelah malam atau awal pagi.

Dengan tidur lewat juga anda mungkin tidak mampu bangun pada dua pertiga malam untuk melakukan ibadat malam (qiamulail). Ini satu kerugian bagi mereka yang memahami hakikatnya.

Justeru, tidur awallah nescaya anda beroleh kejayaan dan kesihatan. – IniMajalah.com

Picture 21 - Usus kotor jejas kecantikan dan kesihatan, rawat sekarang

Usus kotor jejas kecantikan dan kesihatan, rawat sekarang

Usus Kotor Jejas

Sistem usus anda adalah ibarat longkang. Jika tersumbat atau tidak dibersihkan, ia akan menghasilkan kotoran. Lama-kelamaan, usus yang kotor menyebabkan anda menghidap pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit kronik.

Antara tanda awal usus kotor ialah sembelit, sukar atau tidak lawas buang air besar / air kecil, buasir, buncit, gemuk-gempal (obes) dan banyak lemak serta sakit kepala atau letih.

Sistem usus yang kotor juga akan menyebabkan wajah anda menjadi kusam, tidak berseri, tidak bermaya dan hodoh. Kecantikananda akan terjejas!

Ramuan ini tidak dihasilkan di kilang. Ia dibawa terus dari hutan tanpa singgah di mana-mana premis kilang. Ia dikemaskan dalam bentuk semulajadi. Ia bersih dan selamat kerana tidak dicampurkan bahan lain – 100% herba asli. Justeru, ia tiada racun, bahan pengawet, dadah serta bahan kimia.

Jika menggunakan produk yang sudah diproses di kilang, walaupun namanya produk tradisional, anda tidak tahu dengan pasti sama ada ia sudah dicampurkan dengan bahan lain mengandungi racun, bahan pengawet, dadah dan bahan kimia atau tidak.

Banyak produk tradisional didapati dicampur dengan ubat preskripsi. Ini amat berbahaya. Kes seperti ini sudah kerap dilaporkan media. Namun, RamuanX adalah sebaliknya – ia dijual kepada pengguna dalam bentuk semulajadi – teh akar kayu.

Ia diminum sebagai teh – tidak pahit atau kelat, malah boleh dicampur sedikit gula untuk mendapatkan rasa manis.

ramuanx - Usus kotor jejas kecantikan dan kesihatan, rawat sekarang

* Pengedar (mengikut kawasan Parlimen) diperlukan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

* Pengedar (mengikut kawasan Parlimen) diperlukan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Maklumat lanjut / sebarang pertanyaan boleh diajukan di Facebook kami di sini.

Email: nurmahaini@gmail.com / Tel: 019-419 7004

trust tru katsande 0P02R8xSPCc unsplash - Kita ‘lebih besar’ berbanding masalah dihadapi!

Kita ‘lebih besar’ berbanding masalah dihadapi!

Sedang menghadapi masalah?

Jika ketika ini anda berasa longlai, lemah semangat, putus asa, kecewa, buntu dan hilang idea. mari kita renungkan sejenak bait puisi pujangga Islam terkemuka, Dr Muhammad Iqbal.

Ingatlah, sebenarnya kita adalah ‘lebih besar’ berbanding masalah yang kita hadapi. Kuatlah. Jangan mengaku kalah.

Beza Jiwa Hamba dan Jiwa Merdeka

Akan kukisahkan kepadamu satu persatu
yang indah bak mutiara agar dapat kau bezakan
antara jiwa hamba dan jiwa merdeka
jiwa hamba tabiatnya suka mengulang-ulang
pengalamannya tidak mempunyai keaslian
orang yang berjiwa bebas seringkali sibuk mencipta
tali biolanya hidup dengan dendangan baru.

Pada jiwa hamba, masa adalah seperti rantai
bibirnya selalu saja mengenangkan nasib
keberanian jiwa bebas menentukan nasib

tangannyalah mencorakkan takdir!

Oleh Dr Muhammad Iqbal (1873-1938)

Teruskan kelangsungan hidup. Kreatif, gembira dan sentiasa perkasa. – inimajalah.com

Anwar bebas3 300x200 - Pembebasan Anwar: Blogger Pro Umno-BN Cabar Peguam Negara

Pembebasan Anwar: Blogger Pro Umno-BN Cabar Peguam Negara

Pembebasan Anwar

Kenyataan terbaru pihak pendakwaan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan ketua pembangkang itu daripada fitnah liwat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari, Isnin lalu, mengesahkan kebimbangan sebahagian besar komuniti online kalangan penyokong pembangkang kemungkinan peristiswa Perak berulang, adalah berasas.

Sejak kenyataan pihak pendakwaan itu disiarkan di internet pagi tadi,  blogger pro Umno-Barisan Nasional (BN) juga mula meningkatkan desakan agar pejabat Peguam Negara bersetuju membuat rayuan berkenaan.

Terdahulu itu, dalam laporan berita  TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan dapat difailkan dalam tempoh 10 hari.

Berita ini meningkatkan kebimbangan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengenai kemungkinan peristiwa Perak yang menyebabkan pertukaran kerajaan negeri daripada PR kepada BN, berulang.

Ia berlaku dalam masa hanya beberapa jam selepas keputusan asal mahkamah yang memihak kepada pembangkang, dibawa ke mahkamah rayuan. Ini menyebabkan PR hilang Perak kepada BN.

Perkara sama dibimbangi berlaku jika kes pembebasan Anwar, Isnin lalu, dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Semakan inimajalah.com.my sejak beberapa jam lalu mendapati beberapa blog pro Umno-BN menyiarkan entri mendesak Abdul Gani supaya setuju membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Blog papagomo.com dalam entrinya bertajuk, “Peguamcara Ada Telor, AG Ada Ke Tidak Telornya?” seolah-olah mencabar Abdul Gani supaya bertindak berani membuat rayuan bagi kes itu.

“Kepada Peguam Negara, buktikanlah bahawa anda juga seorang anak jantan sepertimana Datuk Yusof (Peguam Cara II Negara) dalam kes liwat Saiful Bukhari. Amat malu jika orang di bawah lebih berani daripada Tan Sri sendiri dalam hal ini,” catat blog terbabit.

Blog papagomo.com terkenal di kalangan penyokong pembangkang sebagai blog yang amat tidak beretika dan menggunakan bahasa kesat dalam penulisannya.

Blogger pro Umno-BN ini juga sering menampakkan kebencian melampau terhadap Anwar dalam pelbagai cara. Dalam entri terbarunya hari ini, blogger terbabit menggelarkan Anwar sebagai “si bangsat” pada keterangan fotonya.

Papagomo.com juga terkenal dengan kesalahan tatabahasa yang banyak dalam penulisannya.

Contohnya dalam entri terbaru hari ini, perkataan “telor” pada tajuk entri mungkin merujuk kepada maksud “berani dan bersifat anak jantan”, tetapi ia dieja sebagai “telor” yang bermaksud bercakap telor atau pelat.  – inimajalah.com.my – ARTIKEL PENUH MENYUSUL